Tuesday, September 27, 2016

Traveller's palm

Pagi ni dua pokok traveller's palm (atau traveller's tree) saya tanam di sempadan sebelah kiri kawasan, bersebelahan chalet kayu.

Cow grass : Rumput lembu

Dua - tiga minggu kebelakangan ini kerja-kerja menanam rumput telah dimulakan.

Jenis rumput yang ditanam ialah rumput lembu (cow grass) kerana ianya mudah ditanam dan disenggara. Permukaan kawasan yang hendak ditanam hendaklah diselaputi dengan lapisan top soil 2-3 inci tebal.

Sunday, September 18, 2016

Ayam oh Ayam

Macam lah tak ada tempat lain untuk melabuhkan telur, agaknya dah desperate sangat atas topi kerja pun dia bertelur..

Saturday, September 17, 2016

AvOcado

Malam tadi hujan lebat dari pukul 4 pagi hingga ke waktu subuh. Keadaan tanah basah dan sangat sesuai untuk aktiviti menanam.

Lapan (8) anak pokok avOcado, setinggi lebih kurang 2 kaki, selamat ditanam di sebelah kiri kolam tengah, di antara pokok-pokok kurma yang sudah setahun lebih ditanam.

InsyaAllah sekiranya ada rezeki dalam 3 tahun lagi pokok-pokok avOcado ini akan berbuah.